Assalamualaikum..
Sempena bulan Ramadhan bulan yg penuh mulia, sy terpanggil dan terbuka hati utk berkongsi kisah penghijrahan sy. Seronok sy mendengar kisah pengislaman felixia yup dan teman lelaki. Lbh seronok bila pelakon kegemaran sy, Neelofa mula berhijab.. Subhanallah indahnya hidayahMu.. Sesungguhnya beruntunglah mereka yg menerima hidayahNya dan istiqamah dgn perubahan tersebut.
Kisah sy xsehebat actress Catriona Rose.. xsetanding juga cerita yatt, mizz nina dan natasya hudson.. sy kongsikan di sini sbg inspirasi kpd wanita di luar sana.. seandainya sy sudah tiada, semoga kisah sy dpt menyentuh hati anda yg merasainya..wlupun pd hakikatnya blog sy ni x ada pelawat.. ;P
Sy dikenali baik sbg seorg yg sgt suka memakai pakaian yg ketat.. sy juga sukakan hiburan.. sy dibesarkan dgn didikan agama yg cukup.. adik2 sy bertudung.. keluarga besar sy juga semua bertudung.. kecuali sy seorg.. adik sy aktif dgn usaha dakwah dan usrah.. yg ketiga pula semakin baik agamanya setelah menyambung pengajian ke Unisza.. malah adik yg kecil pun bertudung.. sy enggan bertudung atas alasan xsesuai dgn muka.. bentuk muka xcntk berhijab.. nmpk tua dan rimas..
Setiap sem baru kolej pasti sy tukar style rmbut dan color..tanpa segan silu sy ke kolej dgn rambut color yg sgt terang.. sy katakan pd org2 yg bertanya, suka hati sy lah.. sepanjang tahun sy tidak solat.. sehingga sy lupa bacaan2 dlm solat.. semakin lama sy semakin rancak bergaya dgn pakaian yg blh dikatakan seksi.. sy juga dikenali di kalangan rakan2 sbg wanita yg ber"aset"..
Sy terus selesa mempamerkan aset dan keindahan diri kpd org ramai.. sy bangga dgn pujian mereka.. sy hanyut dgn ayat2 manis mereka yg sama seperti sy..sy juga terkenal di fb sy kerana gmbr2 selfie sy tanpa hijab.. perasaan bangga diri semakin meninggi apabila komen yg baik2 diterima..
Sehinggalah sy sakit teruk dan harta sy ditarik sedikit demi sedikit.. pd hujung thn lps iaitu pd tahun 2013, sy mengalami mmpi pertama yg pelik.. sy tersedar dr tidur kemudian sy sedar sy berada di dlm sebuah kapal yg sedang belayar.. sy lihat sekeliling hanya laut sahaja tanpa darat.. kemudian sy tanya kan pd lelaki di hadapan sy.. lalu dye menjawab kami berada di mekah.. tp sy terus menjenguk keluar utk mencari mekah yg mereka lihat tp hampa.. sy menangis sehingga tersedar dr tidur.. lama sy berbaring utk fikirkan apa sbnrnya maksud mimpi sy..
Sy akan sambung semula cerita sy slps entry ini.. terima kasih kerana membaca..semoga mendapat ikhtibar..