Saturday, May 29, 2010

masihkah ada kesempatan itu?

Assalamualaikum kawan-kawan.. nie ade cerpen lagi yang baru je aku siapkan tadi.. ilham drpd eca. hehe.thanks eca.. n also mummy laila, pnjam nama adik Izz ye..hehehe.. Btw, slmt membaca & menghayatinye.. Nie hanya lah cerpen biasa yang xsehebat mana pown. Terima kasih..


“Tasbih ni untuk awak.” Tasbih merah hati itu bertukar tangan.

Huluran disambut. Kemas. Dia hanya mampu terdiam. Pandangan terus dihalakan kebawah.

Tasbih digenggam erat. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Suasana sepi tanpa balasan kata-kata. Hanya suara alam yang mengisi ruang.

“Simpanlah tasbih ni baik-baik. Tasbih ni hati saya.”

“Ya.” Hanya sepatah kata itu mampu terucap. Tak sangka, akhirnya semua ini menjadi kenyataan. Insya’Allah, kalau ada jodoh takkan ke mana.

“Saya doakan semoga awak berjaya dan bahagia. Jangan lupakan saya ya.”

“Hmm... Awak jaga diri baik-baik. Selamat tinggal.”

15 Jan

Malam yang sunguh damai. Himpunan bintang-bintang di langit meniupkan kembali ingatanku pada kenangan lalu. Berpipit satu per satu mewarnai ruang fikiran. Hmm..Alangkah gembiranya kalau dapat kembali ke waktu dahulu. Banyak peristiwa yang boleh dikenang. Terlalu banyak kisah yang tersimpan. Banyak juga rahsia yang terpendam. Beribu gelak tawa yang terisi. Beribu juga tangisan yang bersisa. Kisah antara kita. Saat-saat suka, duka, pahit, manis dan saat yang paling takkan aku lupakan. Saat kau pergi meninggalkan aku. Aku tahu kau bukan sengaja meninggalkan aku. Tapi keadaan yang memaksa. Aku akur pada kehendak takdir. Memang ini yang sudah tersurat antara kita. Tapi kenapa aku masih tak mampu memadamkan kenangan kita? Semakin kuat aku cuba melupakan, semakin rindu yang aku rasa. Dimana agaknya kau sekarang?

PETANG INI SANGAT PERMAI. Angin sepoi-sepoi bahasa melahirkan suasana nyaman. Bunyi desiran air sangat menyenangkan. Ikan-ikan kelihatan berenang dengan aman di dalam kolam di sudut tepi halaman banglo itu. Kolam ikan ini kelihatan cantik dan tersergam indah dengan seni landskap dan ukiran yang kemas. Penuh daya cipta. Memang kreatif orang yang menciptanya.

Mama muncul dari belakang lalu menyapaku. “Dee, mama cakap sikit boleh?” Perlahan dituturkan. Tenang sahaja raut wajahnya walhal dalam hati sedang menahan debar yang tak terhingga.

“Ya ma, apa dia?” Mata kembali memandang kolam ikan.

“Tengahari tadi ada orang datang. Dia minta mama serahkan surat ni pada kamu.” Surat itu bersambut. Mama merapatkan duduknya di sebelah Dee.

Surat yang baru diserahkan oleh mama yang kini diletakkan di hadapannya dipandang sepi. Surat daripada siapa? Cantik sampul suratnya. Berwarna pink. Namaku sebagai penerima ditulis menggunakan dakwat berwarna emas. Comel getus hatiku.

“Siapa bagi ma?” Perlahan-lahan dia ambil lalu dibuka. Semerbak bau wangian bunga ros terhidu tatkala sampul dibuka.

“Kawan Dee. Bacalah.” Mama hanya tersenyum cuba untuk tidak memberikan sebarang gambaran kepada Dee.

Sekeping kertas dikeluarkan. Panjang isinya. Tulisan itu perlahan-lahan dibaca.

Assalamualaikum Dee..

Pertama sekali, izinkan tinta ini menzahirkan sebuah lakaran perasaan di atas kepingan kertas untuk pengetahuan Dee. Dee, apa khabar di sana? Semoga berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah SWT selalu hendaknya.

Jantung berdegup kencang. Hati mula resah. Jiwa jadi tak tenteram. Wajah mama dipandang sekilas. Mama hanya mengangguk tanda menyuruhnya meneruskan pembacaan. Hampir 2 tahun dia tidak mendengar sebarang khabar berita daripada lelaki itu. Akhirnya tiba juga sekeping surat membawa perkhabaran.

Dee,

Surat ini Izz layangkan sebagai pengganti diri. Telah lama kita tidak bertemu. Sudah sekian masa kita tidak bersua muka. Rindu benar Izz pada Dee. Hidup Izz sunyi tanpa Dee. Tiada lagi suara Dee, tiada lagi sapaan Dee, tiada lagi senyuman Dee dan tiada lagi gelak tawa Dee. Dee..Hidup tanpa cinta itu sunyi. Hidup tanpa kasih itu kosong. Begitulah ibaratnya hidup Izz tanpa Dee disisi. Hanya jasad yang bernyawa tapi hidup tiada erti.

Mata mula berkaca. Dada berombak dalam naik turun nafas yang cuba ditahan. Matanya dipejam. Lama. Cuba menyeru seluruh semangat yang ada. Perlahan-lahan hembusan dilepaskan. Tinta itu kembali ditatap.

Dee,

Bila Izz berada jauh dari Dee tak bermakna Izz tiada. Bila Izz tiada disisi Dee tak bererti Izz hilang. Cinta Izz sentiasa ada untuk Dee. Kasih Izz sentiasa menemani hari-hari Dee.

Akhirnya mutiara jernih itu jatuh juga membasahi pipi. Cuba dikesat dengan jarinya. Izz..Hidup Dee pun sunyi tanpa Izz. Dee rasa tak mampu untuk bangun bila Izz tinggalkan Dee. Dee tak mampu nak berjalan macam orang lain. Dee rasa tak berdaya. Dee rasa hidup Dee hambar. Esak tangis perlahan-lahan kedengaran. Dee tak boleh..Dee tak kuat nak hidup macam ni. Izz...

Setiap apa yang tertulis itu sudah menjadi takdir kita untuk menjalaninya. Izz hanyalah manusia biasa yang tak mampu melawan takdir. Izz bahagia dengan takdir Izz walaupun kita ditakdirkan untuk bertemu dalam masa yang singkat. Setiap kenangan yang ada akan Izz kenang sehingga ke akhir hayat Izz. Dee sentiasa ada dalam hati Izz. Senyuman Dee tak pernah padam daripada ingatan Izz. Tak akan ada cinta lain yang bertahta di hati Izz selain daripada Dee..Dee lah satu-satunya kekasih Izz.

Dee,

Tiada apa yang Izz minta daripada Dee. Hanyalah permintaan kecil supaya Dee meneruskan hidup ini dengan tabah. Belajarlah untuk menerima kenyatan walaupun ianya pahit untuk ditelan. Mencintai tak beerti memiliki. Cukuplah sekadar mampu membangkitkan semula semangat yang ada. Dee..Hargai sisa-sisa hidup yang masih ada. Jangan persiakan ia. Demi Izz, teruskanlah hidup dengan baik.

Tangan sudah mula menggigil. Tidak kuat lagi rasanya untuk terus membaca tulisan itu. Terlalu sedih untuk diteruskan. Mama memegang bahu Dee. Cuba meminjamkan kekuatan yang ada. Perasaan syahdu singgah di segenap ruang hati. Hati kini sudah mula berbicara. Izz..bagaimana aku mampu hidup tanpamu? Bagaimana harus ku tahan rindu ini? Bagaimana Izz..? Bagaimana...?

Dee,

Semasa Dee membaca surat ini, Izz sudah tiada lagi. Izz sudah pun pergi dijemput Illahi. Jangan bersedih sayang. Izz masih ada di hati Dee. Izz masih hidup untuk cinta Dee. Pemergian Izz dahulu bukanlah kerana Izz mahu memutuskan kasih kita tapi kerana Izz tidak mampu untuk membahagiakan Dee. Izz tidak punya waktu untuk hidup bersama Dee. Tiada harapan lagi buat pesakit barah seperti Izz. Tiada lagi pembedahan ataupun ubat-ubatan yang boleh menyembuhkan Izz.

Dee,

Ketahuilah bahawa Izz terpaksa. Izz tak sanggup untuk melihat insan yang sangat Izz cintai menderita kerana Izz. Izz tak mahu tangisan Dee yang menemani hari-hari terakhir Izz. Izz sentiasa bangga memiliki cinta Dee. Walaupun jasad kita tidak dapat bersatu tetapi hakikatnya cinta kita sudah lama menyatu. Dee.. iringilah pemergian Izz dengan doamu dan bukan dengan tangisan. Hiduplah untuk Izz. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup Dee. Bersemangatlah untuk brjaya. Izz hanya mahu melihat Dee berjaya dan bahagia. Sesungguhnya bahagia Dee adalah bahagia Izz. Jagalah dirimu baik-baik.

Selamat tinggal sayang. Semadikan diriku dengan doamu. Simpan lagi tasbih yang Izz bagi? Gunakanlah ia.

Yang mencintaimu,

Izz

Ya Allah.. Airmata semakin deras membasahi pipi. Esak tangisan yang semakin kuat sudah tidak dipedulikannya lagi. Izz.. Hati dah mula menjerit. Luluh hatinya. Mama merangkul tubuh Dee. Cuba menenangkannya. Tangisan Dee kini semakin kuat. Sayu sungguh kedengaran sehinggakan mama juga tidak mampu lagi untuk menahan airmata daripada jatuh ke pipi apabila melihat anaknya begitu. Mama memeluk erat Dee. Dalam hati memohon doa daripada Yang Maha Esa. Ya Allah, kau berikanlah kekuatan untuk anakku Ya Allah. “Dee, kuatkan hati. Yang pergi tetap akan pergi.” Lirih kedengaran suara mama. Dee hanya menangis dan terus menangis. Esak tangisnya kini semakin menjadi-jadi. Semakin kuat. Sehinggalah..

Mata dibuka. Ya Allah, aku hanya bermimpi. Terus dikesat airmatanya yang bersisa. Tangisan daripada mimpi terbawa-bawa sehingga ke alam nyata rupanya. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Cepat-cepat tangan mencapai handphone di sisi kiri di tepi sudut katil. Jari laju menekan nombor yang ada. Hati berdebar menanti panggilan bersambut.

Hello..” Suara di hujung talian menyapa.

“Alhamdulillah.. Dee saja-saja je telefon ni. Okeylah, Assalamualaikum.” Terus talian dimatikan. Kini hanya senyum yang terukir di bibir. Syukur aku masih punya kesempatan. Terima kasih Ya Allah.

Friday, May 28, 2010

Mudahnya Cinta (Bahagian 2)

  • ni pulak sambungannya..hehehe..


She is my cinderella..” Bangga dia melafazkannya. Sambil tersenyum dia terus berdiri menuju ke meja belajar adiknya itu sambil memandang tepat ke matanya.

Please..You know your brother well, right? Abang betul-betul dah jatuh cinta dik. Love at the first sight. Tolonglah abang..” Kedua-dua jari disusun rapat tanda merayu dengan muka dibuat-buat sedih penuh syahdu.

Alright, tapi tak payahlah buat muka seposen depan adik. Makin hodoh dah adik tengok.” Takkan lah sampai macam ni sekali. Tak pernah aku tengok abang aku sebegini rupa. First time jatuh cinta pulak tu. Takkan aku nak kena tukar status yang ada?

“Okey, abang sayang adik lebihlah. Tak sabar pulak. Hehe” Hati dah berbunga riang. Seriang kanak-kanak yang tengah riang kalau dapat alat permainan.

“Abang ni semacamlah..” Dia dah bangun untuk duduk di atas katil.

“Haha.. Abang nak pergi duduk tepi kolam ikanlah. Ada agenda baru yang nak difikir dengan kadar segera. Perlukan ketenangan. Adik pun kena laksanakan mandat yang abang bagi dengan sebaik mungkin tau. Hahaha!” Terus dia menuju ke pintu lalu menguak pintu bilik.

Selepas abangnya keluar perlahan-lahan dia berjalan untuk menutup pintu bilik. Belum sempat nak tutup habis, tiba-tiba pecah ketawa satu rumah termasuk keluarga pak lang yang ada di ruang tamu. “Kamu dah kemaruk sangat ke nak kahwin sampai tampal belakang baju kamu tu. Hahahaha!” Ketawa papa dah sampai ke bilik diselangi derai tawa semua orang yang ada disitu.

“Abang nak kahwin. Tolong bantu abang!” hahaha! Sengaja papa mengulangi ayat yang tertulis di kertas yang tertampal di belakang baju Adam.

Sambil tersengih-sengih malu dia mengambil kertas itu sambil direnyukkan. Terus dilaung nama aku. Cepat tutup pintu! Muahaha!

AKU DAPAT SEJAMBAK BUNGA? Daripada siapa? Kenapa mak tak nak bagitahu aku? Main rahsia-rahsia pulak. Kad diambil. Perlahan-lahan dibuka. Terlopong dia membaca isi yang ditulis di atas kad itu.

Kerana sepasung kasut kuning, saya telah jatuh cinta...’

Your Prince Charming

Mak dah senyum-senyum dari dapur. “Tutup mulut kamu tu, karang masuk lalat pulak..”

Mulut ditutup. “Mak, cakaplah siapa yang bagi bunga ni..” Dia dah berdiri di atas tangga.

“Orang yang bakal hantar cincin merisik lusa.” Laju sahaja Mak Esah menuturkannya sambil tangan memasukkan ikan ke dalam kuali panas.

“Hah..?” Terlopong lagi aku buat kali yang kedua.

“Cincin dah nak disarung, cameramannya mana?” Jelas kedengaran suara mak dari pintu bilik. Aku dah pun duduk dengan gaya anggun di birai katil. Jantung dah berdegup kencang. Dup dap dup dap. Memang awal betullah jodoh aku ni. Lepas je grad dah ada orang masuk meminang. Dasyat betul. Aku pun terima jelah sebab mak dah berkenan sangat. Lagipun sahabat baik aku pun cakap kenal sangat dengan bakal tunang aku tu. Jiran dia katanya. Aku pun terus bagi kata setuju lepas yakin dengan solat istikharah yang aku buat sebanyak 3 kali tu.

“Ni hah mak, Abang Dolah pergi minum air kat dapur tadi” Ati melangkah masuk sambil diikuti Abang Dolah.

Tersenyum Ati memandangku. “Cantiknya akak. Macam puteri dari kayangan.” Ati membetulkan kainku agar kelihatan kemas. Aku hanya tersenyum malu.

“Dik, akak nervous lah. Macammana ni?” Jujur aku menuturkannya. Debaran semakin kuat kurasa bila derap kaki dan suara mak dan yang lain-lain semakin menghampiri bilik.

“Akak rileks, tarik nafas perlahan-lahan then hembus.” Aku mengikut kata-kata Ati. Tarik hembus, tarik hembus. Huh, cuaknya!

Kini semua dah ada di dalam bilik. Aku hanya tunduk memandang lantai sebelum Ati membisikkan sesuatu ke telingaku. “Kak, tahniah.” Ku pandang wajah Ati sambil menggerakkan bibir mengucap terima kasih.

“Dira, mak cik sarungkan cincin ya..” Lembut suara itu kedengaran. Perlahan-lahan aku mengangkat muka. Eh, macam kenal. Siapa ye? Keningku sedikit berkerut. Wanita itu hanya tersenyum sambil membuka kotak cincin merah hati itu dihadapanku. Tiba-tiba Acha duduk di sebelahku. Dia mengambil tangan kiriku lalu digenggam. Kurang sikit debar yang kurasa tadi.

Aku cuba tersenyum walhal dalam hati masih cuba mengingat wajah wanita yang sedang menyarungkan cincin di jariku ini. Sesudah cincin disarung Acha membisikkan sesuatu ke telingaku sebelum aku melompat terkejut dari katil. Habis semua tetamu terperanjat. Mak sempat lagi melatah tu. Sudahnya aku yang tergelak sakan dengan Acha. Masih terkesan lagi bisikan Acha..”Selamat bertunang kakak ipar.. Lepas ni aku kena panggil kau kakaklah.” Kecil sungguh dunia ini. Boleh pulak kau nak main lawak sarkas dengan aku ye Acha. Bertuah punya kawan.

Di akhir majlis sekali lagi aku terlompat bila tunangku memperkenalkan diri. “Saya dah lama jatuh cinta dengan Ego S pink tu tapi saya jadi gila bayang pulak bila nampak kasut kuning menyala tu. Hahaha” Ya Allah, memang jodoh pertemuan itu ketentuan Illahi. Kini tertulis jua di atas kad undangan perkahwinan kami ‘Syed Adam Irfan & Nadira Abdul Rahim’. Alhamdulillah..

Mudahnya Cinta (Bahagian 1)

  • ni cerpen ak yang telah aku siap tepat jam 3.30 am td..hehe..

SCOOTER TERUS DIPANDU melepasi traffic light UKM. Kemudian melalui roundabout ke Seksyen 15. Setelah mengambil arah pukul dua belas, scooter dipandu perlahan ke tepi jalan.

“Aaahhh!!” Terseret scooter Ego S pink itu ke bahu jalan. Hampir sahaja melanggar pokok di hadapan yang hanya kurang 2 meter itu.

“Ya Allah!” Kereta diberhentikan serta-merta. Terus pintu dibuka. Kaki sudah laju melangkah ke arah pemilik scooter itu. Jantung jangan cakap lagilah. Dah macam baru lepas lari pecut 400 meter.

“Cik, cik tak apa-apa?” Sempat dia berpaling kepada scooter yang sudah terbaring itu.

Aduh! Macam mana aku boleh terlanggar orang ni. Aku berkhayal tadi buat apa.Habislah aku. Nak buat apa ni? Aku langgar perempuan pulak tu.

Dira membetulkan duduknya. Mata dah berair menahan pedih luka di tapak tangan dan kecederaan kecil di kaki serta lutut. Apahal mamat ni tiba-tiba langgar aku. Buta ke apa?

Tak tahu bawa kereta ke? Mentang-mentanglah aku bawa scoot je. Kau ingat kereta besar kau tu untuk langgar orang ke? Aduh! Sakitnya! Yang mamat ni dok buat muka kelam tu kenapa. Kalau ye pun tolonglah angkat aku.

“Cik, cik okey ke? Saya minta maaf cik. Saya tak sengaja. Betul saya tak sengaja.” Serba salah pulak aku rasa. Aku kena angkat perempuan ni ke? Kalau aku angkat nanti dia marah macammana?

Takkan nak tengok je kot? Apa nak buat ni. Adam! Kenapalah waktu kecemasan macam ni ko jadi lembap pulak. Cepat bertindak. Takkan nak biarkan je. Kau yang langgar, jadi cepatlah tolong. Ek eh mamat ni. Boleh buat muka sotong pulak depan aku.

Hey! Yang awak dok tengok saya buat apa? Cepatlah tolong!” Hangin betullah aku dengan mamat ni. Boleh dia buat-buat blur. Spesies dungu agaknya.

“Saya bawa awak pergi hospital ye?”

Dahi dah berkerut-kerut. “Scoot saya macam mana? Takkan nak tinggalkan kat sini?”

“Saya telefon kawan saya suruh alihkan scoot awak,okey.” Aku nak call siapa ni. Minta tolong Eddy boleh kot. Sorry Eddy libatkan kau. Cuma nama kau je yang terlintas dalam kepala aku sekarang ni.

“Nak alihkan ke mana?” Suka-suka dia je nak alihkan. Nak alihkan ke mana? Dah nampak scooter aku macam tu, hantarlah workshop.

“Sekejap ya. Saya call kawan saya.” Terus dikeluarkan handphone dari poket seluar hitam. Terus nombor Eddy didail. Talian bersambung.

Hello Eddy.”

“Hah Adam, kenapa call aku pagi-pagi hari ni?” Tenang kedengaran suara Eddy. Dah sampai office agaknya.

“Aku nak minta tolong sikit, boleh?” Harap-haraplah Eddy boleh tolong.

“Apa dia? Kau tak masuk office ke?” Pelik betul. Pagi-pagi dah telefon minta tolong. Macam cemas je suara dia ni.

“Macam ni Eddy. Aku terlanggar oranglah. Sekarang ni aku nak bawa dia pergi hospital. Aku nak minta tolong kat kau sikit.”

“Astaghfirullahhalazim! Betul ke ni? Kau kat mana Adam?” Eddy dah mula gelisah. Langgar orang? Nauzubillah min zalik. Biar betul si Adam ni.

“Betul. Aku kat roundabout depan Niosh ni. Dekat Petronas Seksyen 15. Kau boleh tak tolong hantar scooter budak ni kat bengkel?”

Macammanalah si Adam ni bawak kereta. Berangan ke pagi-pagi ni. “Aku datang sekarang. Kau tunggu kat situ.”

Okey, aku tunggu. Cepat sikit. Aku nak bawak budak ni pergi hospital.”

Okey.

Wajah ditala ke arah gadis itu. Perlahan-lahan kaki diatur untuk menghampirinya. “Cik, saya dah telefon kawan saya. Kejap lagi dia sampai. Nanti dia hantar motor cik kat bengkel.”

Boleh percaya ke mamat ni? Kawan dia siapa? Ish, tak beranilah aku nak bagi scoot aku kat kawan dia. Macam-macam kemungkinan dah bermain dalam kepala. Baik aku suruh budak rumah aku datang tolong. Kalau aku sorang je senang kena tipu pulak. Hmm, bijak-bijak. Haha.

SENYAP JE MAMAT NI. Atleast cakaplah sikit. Takkan nak biar aku macam tunggul pulak. Tanyalah aku asal mana, nama apa, belajar kat mana, tinggal mana. Ni tak. Aku pulak yang resah duduk dalam kereta ni. Dahlah berdua dengan orang yang aku tak kenal.Namun matanya sempat menjeling sekilas pada raut wajah jejaka yang khusyuk memandu dengan tenang itu. Comel. Hehe. Sempat lagi aku menggatal dalam keadaan macam ni. Hmm, aku tengok mamat ni ada rupa, kereta besar, segak bergaya. Memang nampak macam orang senanglah. Tapi kenapa macam lambat pickup je. Pergerakan pun slow. Tengok jelah tadi. Nak tolong aku pun teragak-teragak. Terkial-kial. Slow sangat tindak balas dia.Kini giliran Adam pula mengerling sekilas ke arah gadis itu. Seribu satu rasa bersalah menghuni dirinya. Dia masih terkejut dengan peristiwa tadi.

“Cik okey ke?” Takut-takut dia memandang wajah gadis itu.

“Hei, macammana awak bawa kereta hah?” Soalan dijawab dengan soalan. Mata Dira tajam menikam pandangan Adam.

Dahi dah mula berkerut. “Saya minta maaf. Betul-betul minta maaf.” Hati dah mencerna berbagai-bagai kata maaf dan ungkapan pendamai tapi tak mampu dizahirkan dengan kata-kata. Dek berbalas pandangan, masing-masing cepat-cepat berpaling arah.

“Tadi tu kawan cik ke?” Tadi Shaz dengan Min datang. Terkejut muka masing-masing lepas tengok scoot aku landing kuak lentang depan pokok tepi jalan itu. Terus kena marah mamat tu. Kesian jugak tapi nak buat macammana, salah dia. Biar dia rasa takut sikit. Baru dia tahu aku ada geng. Haha.

“Hmm.” Rasa malas nak jawab.

“Dorang tak pergi hospital ke?”

“Lepas hantar motor.” Apa agaknya kawan si mamat ni bincang dengan dorang tadi?

Hah, lagi satu. Habislah kalau mama dengan abah tahu. Tak pasal-pasal abah buat report polis. Macamlah tak tahu perangai abah tu. Lagipun abah dah pesan awal-awal bawa motor hati-hati. Tapi bukan aku yang langgar dia. Dia yang langgar aku.

Kereta terus dipandu sehingga sampai di Hospital Serdang. Setelah kereta di parking, pintu dibukakan. Wah, gentle nya. Dia dipapah sehingga ke kaunter. Perlahan-lahan dia didudukkan di atas wheelchair.

“Alhamdulillah! Grad jugak kita akhirnya! Happynya.” Senyum sumbing dah sampai ke telinga. “Lega dan bersyukur sangat dah lepas azab seksa. Sekarang dah tak sabar nak memasuki alam pekerjaan yang membolehkan aku memegang wang sendiri. Hahaha.”

“Amboi, gelak sampai tak cukup muka aku tengok. Tahulah dah grad, aku pun happy jugak tapi tak adalah sampai kasut terpijak tahi pun tak perasan. Muahaha!” Kini giliran Acha pula untuk ketawa dengan dasyatnya.

“Ya Allah. Eeee! Gelinya! Kenapa kau tak cakap?” Suara Dira dah separuh meninggi. “Teruk punya kawanlah. Tak bagitahu langsung. Gelinya!” Mak! Waaa! Geli! Geli!

“Macammana aku nak bagitahu dah kau tak bagi peluang langsung. Aku dah tarik tangan kau tapi kau pergi lompat tu buat apa? Ingat aku nak main kejar-kejar ke hari konvo kita ni?” Ketawa Acha masih bersisa. Memang lawak betullah. Dahlah kasut baru beli semalam kat Mid Valley. Sia-sia je. Hahaha!

“Alah.. Macammana ni? Kena tukar kasut lah nampaknya. Aku mana bawak kasut lebih. Aduh.. Macammana ni Cha?” Kening dah berkerut-kerut, Tangan dah menggaru-garu kepala yang tak gatal. Kaki pula dikesat di atas rumput untuk meghilangkan tahi.

“Hah, aku ada! Tapi kasut warna kuninglah. Jum ikut aku pergi kat kereta ayah aku.” Langkah sudah dihayun menuju ke kereta yang diletak tidak jauh dari dewan. Nasib baik aku pegang kunci kereta ni sebab nak ambil handphone yang tertinggal.

Alarm ditekan dan bonet kereta dibuka. “Dira, yang ni..” Kasut bertumit berwarna kuning pekat dihalakan kepada Dira yang dah melopong mulutnya.

“Mak datuk, kuning menyalanya. Kau nak famouskan aku ke? Huh, macam ni mak aku yang kat dewan pun senang nak cari aku.” Gila aku nak pakai kasut kuning menyala ni. Mahu tujuh keturunan akan gelakkan aku bila tengok foto konvo aku ni.

“Haha. Kau dah tak ada pilihan lain Nadira Abdul Rahim. Take it or leave it?” Bonet dah ditutup.

Kepala yang tak gatal digaru. Acha dah menghulurkan kasut tu betul-betul dekat dengan Dira. “Dira, you have to wear it, you have no choice. “

“Ya ampun, make sure hari ni aku punye photoshoot tak nampak kaki ok!” Tangan terus mencapai kasut itu lalu terus dipakai.