Friday, May 28, 2010

Mudahnya Cinta (Bahagian 2)

  • ni pulak sambungannya..hehehe..


She is my cinderella..” Bangga dia melafazkannya. Sambil tersenyum dia terus berdiri menuju ke meja belajar adiknya itu sambil memandang tepat ke matanya.

Please..You know your brother well, right? Abang betul-betul dah jatuh cinta dik. Love at the first sight. Tolonglah abang..” Kedua-dua jari disusun rapat tanda merayu dengan muka dibuat-buat sedih penuh syahdu.

Alright, tapi tak payahlah buat muka seposen depan adik. Makin hodoh dah adik tengok.” Takkan lah sampai macam ni sekali. Tak pernah aku tengok abang aku sebegini rupa. First time jatuh cinta pulak tu. Takkan aku nak kena tukar status yang ada?

“Okey, abang sayang adik lebihlah. Tak sabar pulak. Hehe” Hati dah berbunga riang. Seriang kanak-kanak yang tengah riang kalau dapat alat permainan.

“Abang ni semacamlah..” Dia dah bangun untuk duduk di atas katil.

“Haha.. Abang nak pergi duduk tepi kolam ikanlah. Ada agenda baru yang nak difikir dengan kadar segera. Perlukan ketenangan. Adik pun kena laksanakan mandat yang abang bagi dengan sebaik mungkin tau. Hahaha!” Terus dia menuju ke pintu lalu menguak pintu bilik.

Selepas abangnya keluar perlahan-lahan dia berjalan untuk menutup pintu bilik. Belum sempat nak tutup habis, tiba-tiba pecah ketawa satu rumah termasuk keluarga pak lang yang ada di ruang tamu. “Kamu dah kemaruk sangat ke nak kahwin sampai tampal belakang baju kamu tu. Hahahaha!” Ketawa papa dah sampai ke bilik diselangi derai tawa semua orang yang ada disitu.

“Abang nak kahwin. Tolong bantu abang!” hahaha! Sengaja papa mengulangi ayat yang tertulis di kertas yang tertampal di belakang baju Adam.

Sambil tersengih-sengih malu dia mengambil kertas itu sambil direnyukkan. Terus dilaung nama aku. Cepat tutup pintu! Muahaha!

AKU DAPAT SEJAMBAK BUNGA? Daripada siapa? Kenapa mak tak nak bagitahu aku? Main rahsia-rahsia pulak. Kad diambil. Perlahan-lahan dibuka. Terlopong dia membaca isi yang ditulis di atas kad itu.

Kerana sepasung kasut kuning, saya telah jatuh cinta...’

Your Prince Charming

Mak dah senyum-senyum dari dapur. “Tutup mulut kamu tu, karang masuk lalat pulak..”

Mulut ditutup. “Mak, cakaplah siapa yang bagi bunga ni..” Dia dah berdiri di atas tangga.

“Orang yang bakal hantar cincin merisik lusa.” Laju sahaja Mak Esah menuturkannya sambil tangan memasukkan ikan ke dalam kuali panas.

“Hah..?” Terlopong lagi aku buat kali yang kedua.

“Cincin dah nak disarung, cameramannya mana?” Jelas kedengaran suara mak dari pintu bilik. Aku dah pun duduk dengan gaya anggun di birai katil. Jantung dah berdegup kencang. Dup dap dup dap. Memang awal betullah jodoh aku ni. Lepas je grad dah ada orang masuk meminang. Dasyat betul. Aku pun terima jelah sebab mak dah berkenan sangat. Lagipun sahabat baik aku pun cakap kenal sangat dengan bakal tunang aku tu. Jiran dia katanya. Aku pun terus bagi kata setuju lepas yakin dengan solat istikharah yang aku buat sebanyak 3 kali tu.

“Ni hah mak, Abang Dolah pergi minum air kat dapur tadi” Ati melangkah masuk sambil diikuti Abang Dolah.

Tersenyum Ati memandangku. “Cantiknya akak. Macam puteri dari kayangan.” Ati membetulkan kainku agar kelihatan kemas. Aku hanya tersenyum malu.

“Dik, akak nervous lah. Macammana ni?” Jujur aku menuturkannya. Debaran semakin kuat kurasa bila derap kaki dan suara mak dan yang lain-lain semakin menghampiri bilik.

“Akak rileks, tarik nafas perlahan-lahan then hembus.” Aku mengikut kata-kata Ati. Tarik hembus, tarik hembus. Huh, cuaknya!

Kini semua dah ada di dalam bilik. Aku hanya tunduk memandang lantai sebelum Ati membisikkan sesuatu ke telingaku. “Kak, tahniah.” Ku pandang wajah Ati sambil menggerakkan bibir mengucap terima kasih.

“Dira, mak cik sarungkan cincin ya..” Lembut suara itu kedengaran. Perlahan-lahan aku mengangkat muka. Eh, macam kenal. Siapa ye? Keningku sedikit berkerut. Wanita itu hanya tersenyum sambil membuka kotak cincin merah hati itu dihadapanku. Tiba-tiba Acha duduk di sebelahku. Dia mengambil tangan kiriku lalu digenggam. Kurang sikit debar yang kurasa tadi.

Aku cuba tersenyum walhal dalam hati masih cuba mengingat wajah wanita yang sedang menyarungkan cincin di jariku ini. Sesudah cincin disarung Acha membisikkan sesuatu ke telingaku sebelum aku melompat terkejut dari katil. Habis semua tetamu terperanjat. Mak sempat lagi melatah tu. Sudahnya aku yang tergelak sakan dengan Acha. Masih terkesan lagi bisikan Acha..”Selamat bertunang kakak ipar.. Lepas ni aku kena panggil kau kakaklah.” Kecil sungguh dunia ini. Boleh pulak kau nak main lawak sarkas dengan aku ye Acha. Bertuah punya kawan.

Di akhir majlis sekali lagi aku terlompat bila tunangku memperkenalkan diri. “Saya dah lama jatuh cinta dengan Ego S pink tu tapi saya jadi gila bayang pulak bila nampak kasut kuning menyala tu. Hahaha” Ya Allah, memang jodoh pertemuan itu ketentuan Illahi. Kini tertulis jua di atas kad undangan perkahwinan kami ‘Syed Adam Irfan & Nadira Abdul Rahim’. Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment