Saturday, May 29, 2010

masihkah ada kesempatan itu?

Assalamualaikum kawan-kawan.. nie ade cerpen lagi yang baru je aku siapkan tadi.. ilham drpd eca. hehe.thanks eca.. n also mummy laila, pnjam nama adik Izz ye..hehehe.. Btw, slmt membaca & menghayatinye.. Nie hanya lah cerpen biasa yang xsehebat mana pown. Terima kasih..


“Tasbih ni untuk awak.” Tasbih merah hati itu bertukar tangan.

Huluran disambut. Kemas. Dia hanya mampu terdiam. Pandangan terus dihalakan kebawah.

Tasbih digenggam erat. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Suasana sepi tanpa balasan kata-kata. Hanya suara alam yang mengisi ruang.

“Simpanlah tasbih ni baik-baik. Tasbih ni hati saya.”

“Ya.” Hanya sepatah kata itu mampu terucap. Tak sangka, akhirnya semua ini menjadi kenyataan. Insya’Allah, kalau ada jodoh takkan ke mana.

“Saya doakan semoga awak berjaya dan bahagia. Jangan lupakan saya ya.”

“Hmm... Awak jaga diri baik-baik. Selamat tinggal.”

15 Jan

Malam yang sunguh damai. Himpunan bintang-bintang di langit meniupkan kembali ingatanku pada kenangan lalu. Berpipit satu per satu mewarnai ruang fikiran. Hmm..Alangkah gembiranya kalau dapat kembali ke waktu dahulu. Banyak peristiwa yang boleh dikenang. Terlalu banyak kisah yang tersimpan. Banyak juga rahsia yang terpendam. Beribu gelak tawa yang terisi. Beribu juga tangisan yang bersisa. Kisah antara kita. Saat-saat suka, duka, pahit, manis dan saat yang paling takkan aku lupakan. Saat kau pergi meninggalkan aku. Aku tahu kau bukan sengaja meninggalkan aku. Tapi keadaan yang memaksa. Aku akur pada kehendak takdir. Memang ini yang sudah tersurat antara kita. Tapi kenapa aku masih tak mampu memadamkan kenangan kita? Semakin kuat aku cuba melupakan, semakin rindu yang aku rasa. Dimana agaknya kau sekarang?

PETANG INI SANGAT PERMAI. Angin sepoi-sepoi bahasa melahirkan suasana nyaman. Bunyi desiran air sangat menyenangkan. Ikan-ikan kelihatan berenang dengan aman di dalam kolam di sudut tepi halaman banglo itu. Kolam ikan ini kelihatan cantik dan tersergam indah dengan seni landskap dan ukiran yang kemas. Penuh daya cipta. Memang kreatif orang yang menciptanya.

Mama muncul dari belakang lalu menyapaku. “Dee, mama cakap sikit boleh?” Perlahan dituturkan. Tenang sahaja raut wajahnya walhal dalam hati sedang menahan debar yang tak terhingga.

“Ya ma, apa dia?” Mata kembali memandang kolam ikan.

“Tengahari tadi ada orang datang. Dia minta mama serahkan surat ni pada kamu.” Surat itu bersambut. Mama merapatkan duduknya di sebelah Dee.

Surat yang baru diserahkan oleh mama yang kini diletakkan di hadapannya dipandang sepi. Surat daripada siapa? Cantik sampul suratnya. Berwarna pink. Namaku sebagai penerima ditulis menggunakan dakwat berwarna emas. Comel getus hatiku.

“Siapa bagi ma?” Perlahan-lahan dia ambil lalu dibuka. Semerbak bau wangian bunga ros terhidu tatkala sampul dibuka.

“Kawan Dee. Bacalah.” Mama hanya tersenyum cuba untuk tidak memberikan sebarang gambaran kepada Dee.

Sekeping kertas dikeluarkan. Panjang isinya. Tulisan itu perlahan-lahan dibaca.

Assalamualaikum Dee..

Pertama sekali, izinkan tinta ini menzahirkan sebuah lakaran perasaan di atas kepingan kertas untuk pengetahuan Dee. Dee, apa khabar di sana? Semoga berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah SWT selalu hendaknya.

Jantung berdegup kencang. Hati mula resah. Jiwa jadi tak tenteram. Wajah mama dipandang sekilas. Mama hanya mengangguk tanda menyuruhnya meneruskan pembacaan. Hampir 2 tahun dia tidak mendengar sebarang khabar berita daripada lelaki itu. Akhirnya tiba juga sekeping surat membawa perkhabaran.

Dee,

Surat ini Izz layangkan sebagai pengganti diri. Telah lama kita tidak bertemu. Sudah sekian masa kita tidak bersua muka. Rindu benar Izz pada Dee. Hidup Izz sunyi tanpa Dee. Tiada lagi suara Dee, tiada lagi sapaan Dee, tiada lagi senyuman Dee dan tiada lagi gelak tawa Dee. Dee..Hidup tanpa cinta itu sunyi. Hidup tanpa kasih itu kosong. Begitulah ibaratnya hidup Izz tanpa Dee disisi. Hanya jasad yang bernyawa tapi hidup tiada erti.

Mata mula berkaca. Dada berombak dalam naik turun nafas yang cuba ditahan. Matanya dipejam. Lama. Cuba menyeru seluruh semangat yang ada. Perlahan-lahan hembusan dilepaskan. Tinta itu kembali ditatap.

Dee,

Bila Izz berada jauh dari Dee tak bermakna Izz tiada. Bila Izz tiada disisi Dee tak bererti Izz hilang. Cinta Izz sentiasa ada untuk Dee. Kasih Izz sentiasa menemani hari-hari Dee.

Akhirnya mutiara jernih itu jatuh juga membasahi pipi. Cuba dikesat dengan jarinya. Izz..Hidup Dee pun sunyi tanpa Izz. Dee rasa tak mampu untuk bangun bila Izz tinggalkan Dee. Dee tak mampu nak berjalan macam orang lain. Dee rasa tak berdaya. Dee rasa hidup Dee hambar. Esak tangis perlahan-lahan kedengaran. Dee tak boleh..Dee tak kuat nak hidup macam ni. Izz...

Setiap apa yang tertulis itu sudah menjadi takdir kita untuk menjalaninya. Izz hanyalah manusia biasa yang tak mampu melawan takdir. Izz bahagia dengan takdir Izz walaupun kita ditakdirkan untuk bertemu dalam masa yang singkat. Setiap kenangan yang ada akan Izz kenang sehingga ke akhir hayat Izz. Dee sentiasa ada dalam hati Izz. Senyuman Dee tak pernah padam daripada ingatan Izz. Tak akan ada cinta lain yang bertahta di hati Izz selain daripada Dee..Dee lah satu-satunya kekasih Izz.

Dee,

Tiada apa yang Izz minta daripada Dee. Hanyalah permintaan kecil supaya Dee meneruskan hidup ini dengan tabah. Belajarlah untuk menerima kenyatan walaupun ianya pahit untuk ditelan. Mencintai tak beerti memiliki. Cukuplah sekadar mampu membangkitkan semula semangat yang ada. Dee..Hargai sisa-sisa hidup yang masih ada. Jangan persiakan ia. Demi Izz, teruskanlah hidup dengan baik.

Tangan sudah mula menggigil. Tidak kuat lagi rasanya untuk terus membaca tulisan itu. Terlalu sedih untuk diteruskan. Mama memegang bahu Dee. Cuba meminjamkan kekuatan yang ada. Perasaan syahdu singgah di segenap ruang hati. Hati kini sudah mula berbicara. Izz..bagaimana aku mampu hidup tanpamu? Bagaimana harus ku tahan rindu ini? Bagaimana Izz..? Bagaimana...?

Dee,

Semasa Dee membaca surat ini, Izz sudah tiada lagi. Izz sudah pun pergi dijemput Illahi. Jangan bersedih sayang. Izz masih ada di hati Dee. Izz masih hidup untuk cinta Dee. Pemergian Izz dahulu bukanlah kerana Izz mahu memutuskan kasih kita tapi kerana Izz tidak mampu untuk membahagiakan Dee. Izz tidak punya waktu untuk hidup bersama Dee. Tiada harapan lagi buat pesakit barah seperti Izz. Tiada lagi pembedahan ataupun ubat-ubatan yang boleh menyembuhkan Izz.

Dee,

Ketahuilah bahawa Izz terpaksa. Izz tak sanggup untuk melihat insan yang sangat Izz cintai menderita kerana Izz. Izz tak mahu tangisan Dee yang menemani hari-hari terakhir Izz. Izz sentiasa bangga memiliki cinta Dee. Walaupun jasad kita tidak dapat bersatu tetapi hakikatnya cinta kita sudah lama menyatu. Dee.. iringilah pemergian Izz dengan doamu dan bukan dengan tangisan. Hiduplah untuk Izz. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup Dee. Bersemangatlah untuk brjaya. Izz hanya mahu melihat Dee berjaya dan bahagia. Sesungguhnya bahagia Dee adalah bahagia Izz. Jagalah dirimu baik-baik.

Selamat tinggal sayang. Semadikan diriku dengan doamu. Simpan lagi tasbih yang Izz bagi? Gunakanlah ia.

Yang mencintaimu,

Izz

Ya Allah.. Airmata semakin deras membasahi pipi. Esak tangisan yang semakin kuat sudah tidak dipedulikannya lagi. Izz.. Hati dah mula menjerit. Luluh hatinya. Mama merangkul tubuh Dee. Cuba menenangkannya. Tangisan Dee kini semakin kuat. Sayu sungguh kedengaran sehinggakan mama juga tidak mampu lagi untuk menahan airmata daripada jatuh ke pipi apabila melihat anaknya begitu. Mama memeluk erat Dee. Dalam hati memohon doa daripada Yang Maha Esa. Ya Allah, kau berikanlah kekuatan untuk anakku Ya Allah. “Dee, kuatkan hati. Yang pergi tetap akan pergi.” Lirih kedengaran suara mama. Dee hanya menangis dan terus menangis. Esak tangisnya kini semakin menjadi-jadi. Semakin kuat. Sehinggalah..

Mata dibuka. Ya Allah, aku hanya bermimpi. Terus dikesat airmatanya yang bersisa. Tangisan daripada mimpi terbawa-bawa sehingga ke alam nyata rupanya. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Cepat-cepat tangan mencapai handphone di sisi kiri di tepi sudut katil. Jari laju menekan nombor yang ada. Hati berdebar menanti panggilan bersambut.

Hello..” Suara di hujung talian menyapa.

“Alhamdulillah.. Dee saja-saja je telefon ni. Okeylah, Assalamualaikum.” Terus talian dimatikan. Kini hanya senyum yang terukir di bibir. Syukur aku masih punya kesempatan. Terima kasih Ya Allah.

2 comments: